Tuesday, December 9, 2008

EID ADHA DAN KETUPAT..

Raya??? memang aku xde mood pun nak sambut raya kali ni..sedangkan raya aidilfitri pun aku x sambut sangat apatah lagi raya korban...

hari tuh, aku cuma menyempurnakan apa yg perlu saja...dan niat untuk menyempurnakan ibadah korban pada kali ini juga termakbul..Alhamdulillah

sebut raya mesti terbayang bermacam2 juadah yg terhidang di atas meja.. tapi kali ni memang aku x menyediakan juadah seperti kebiasaan..yg ada hanyalah semangkuk kuah kacang dan ketupat segera..jadilah sebagai syarat saja..malas?? bukannya malas nak masak tapi memang aku rasa x bersemangat nak sambut raya..

tapi kesian jugaklah aku lihat puteri2ku ...bila dah pakai baju kurung, mesti dia tau hari raya sebab pada hari raya je mereka pakai baju kurung...
lepas siap berdandan, kedua-dua puteriku dah ajak pergi beraya..katanya hari raya mestilah pergi berjalan2..entahlah...kesian kan!! tunggu tahun depan jela ye!! sori ye anak2 mama!!

BERAKHIR SATU PENANTIAN

kata orang, penantian tu satu penyeksaan...
emm memang betul la. mana tidaknya dah 3 bulan aku menanti suami tersayang yg berada di perantauan..dan dah dua kali aku x dapat beraya bersama2 dengannya..terseksa sangat.. yela sedih tanpa kehadiran insan tersayang..

tapi kini, aku boleh tersenyum lebar..
13/12/2008, ye..tarikh yang aku nanti-nantikan.. tiada apa yg istimewa pada tarikh tersebut sebelum ini tapi pada kali ini suamiku akan pulang.. maka berakhirla penantian aku selama ini.. hilanglah rinduku dan kedua-dua puteriku..

dan yg pasti aku akan menjalani kehidupan seperti sebelum ni... dan tempoh 3 bulan sebenarnya dapat mengubah kehidupan kita tanpa kita sedari..

Wednesday, December 3, 2008

HEPI 4TH ANNIVERSARY (28112004)

sebenarnya bukan aku xnak update blog nih..tapi memandangkan ade hal2 laie yg lebih penting terpaksa la aku akur untuk mengupdate blog ni kendian...

walaupun tahun ni, suami tersayang tiada disisi untuk sama2 meraikan hari bersejarah kami..(memandangkan my hubby ade di Jepun sekarang ni)hanya ucapan pengganti diri..

tarikh keramat...28/11/2004 merupakan tarikh aku dan my hubby disatukan dengan ikatan pernikahan..dah tarikh ini 28/11/2008 genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami...dan melalui ikatan suci dan murni inilah lahirlah 2 puteri hati kami yg comel dan baik iaitu Nureen Zulaikha dan Nadiah Zukreena... inilah puteri buat pengikat kasih sayang kami...

Alhamdulillah sepanjang 4 tahun melalui segalanya bersama2, memang mama bersyukur kerna telah dipertemukn jodoh ngan papa yg dapat membimbing mama dan puteri kita untuk dunia dan akhirat..terima kasih papa..

walaupun banyak dugaan dan cabaran yg terpaksa kita tempuhi sepanjang kehidupan kita bersama, tetapi kita tabah hadapi segalanya bersama2..tak kira semasa susah atau senang, duka atau gembira..papa sentiasa ada di sisi mama..mama memang bahgia hidup bersama-sama papa dan puteri kita tuh..

dan saat yang x dapat mama lupakan apabila papa sama2 berada dalam labour room semasa proses kelahiran kedua2 puteri kita..x dapat dibayangkan betapa terharu dan pelbagai perasaan menerjah ketika itu.. semoga setiap saat yang kita lalui akan kita hargai dan kita ingat bersama. semoga semua kenangan itu menjadi kenangan yg terindah dalam hidup kita.

ketahuila, bagi mama, papa merupakan suami yg terbaik untuk mama, papa yg terbaik untuk puteri kita dan kawan yang baik untuk mendengar segala celoteh...

semoga ikatan suci ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita dan kehidupan kita kan sentiasa dirahmati oleh-Nya....


SAYANG...HAPPY ANNIVERSARY

BORAK SANTAI


ShoutMix chat widget

BLOG YG AKU TERJAH