Tuesday, December 9, 2008

EID ADHA DAN KETUPAT..

Raya??? memang aku xde mood pun nak sambut raya kali ni..sedangkan raya aidilfitri pun aku x sambut sangat apatah lagi raya korban...

hari tuh, aku cuma menyempurnakan apa yg perlu saja...dan niat untuk menyempurnakan ibadah korban pada kali ini juga termakbul..Alhamdulillah

sebut raya mesti terbayang bermacam2 juadah yg terhidang di atas meja.. tapi kali ni memang aku x menyediakan juadah seperti kebiasaan..yg ada hanyalah semangkuk kuah kacang dan ketupat segera..jadilah sebagai syarat saja..malas?? bukannya malas nak masak tapi memang aku rasa x bersemangat nak sambut raya..

tapi kesian jugaklah aku lihat puteri2ku ...bila dah pakai baju kurung, mesti dia tau hari raya sebab pada hari raya je mereka pakai baju kurung...
lepas siap berdandan, kedua-dua puteriku dah ajak pergi beraya..katanya hari raya mestilah pergi berjalan2..entahlah...kesian kan!! tunggu tahun depan jela ye!! sori ye anak2 mama!!

BERAKHIR SATU PENANTIAN

kata orang, penantian tu satu penyeksaan...
emm memang betul la. mana tidaknya dah 3 bulan aku menanti suami tersayang yg berada di perantauan..dan dah dua kali aku x dapat beraya bersama2 dengannya..terseksa sangat.. yela sedih tanpa kehadiran insan tersayang..

tapi kini, aku boleh tersenyum lebar..
13/12/2008, ye..tarikh yang aku nanti-nantikan.. tiada apa yg istimewa pada tarikh tersebut sebelum ini tapi pada kali ini suamiku akan pulang.. maka berakhirla penantian aku selama ini.. hilanglah rinduku dan kedua-dua puteriku..

dan yg pasti aku akan menjalani kehidupan seperti sebelum ni... dan tempoh 3 bulan sebenarnya dapat mengubah kehidupan kita tanpa kita sedari..

Wednesday, December 3, 2008

HEPI 4TH ANNIVERSARY (28112004)

sebenarnya bukan aku xnak update blog nih..tapi memandangkan ade hal2 laie yg lebih penting terpaksa la aku akur untuk mengupdate blog ni kendian...

walaupun tahun ni, suami tersayang tiada disisi untuk sama2 meraikan hari bersejarah kami..(memandangkan my hubby ade di Jepun sekarang ni)hanya ucapan pengganti diri..

tarikh keramat...28/11/2004 merupakan tarikh aku dan my hubby disatukan dengan ikatan pernikahan..dah tarikh ini 28/11/2008 genaplah 4 tahun usia perkahwinan kami...dan melalui ikatan suci dan murni inilah lahirlah 2 puteri hati kami yg comel dan baik iaitu Nureen Zulaikha dan Nadiah Zukreena... inilah puteri buat pengikat kasih sayang kami...

Alhamdulillah sepanjang 4 tahun melalui segalanya bersama2, memang mama bersyukur kerna telah dipertemukn jodoh ngan papa yg dapat membimbing mama dan puteri kita untuk dunia dan akhirat..terima kasih papa..

walaupun banyak dugaan dan cabaran yg terpaksa kita tempuhi sepanjang kehidupan kita bersama, tetapi kita tabah hadapi segalanya bersama2..tak kira semasa susah atau senang, duka atau gembira..papa sentiasa ada di sisi mama..mama memang bahgia hidup bersama-sama papa dan puteri kita tuh..

dan saat yang x dapat mama lupakan apabila papa sama2 berada dalam labour room semasa proses kelahiran kedua2 puteri kita..x dapat dibayangkan betapa terharu dan pelbagai perasaan menerjah ketika itu.. semoga setiap saat yang kita lalui akan kita hargai dan kita ingat bersama. semoga semua kenangan itu menjadi kenangan yg terindah dalam hidup kita.

ketahuila, bagi mama, papa merupakan suami yg terbaik untuk mama, papa yg terbaik untuk puteri kita dan kawan yang baik untuk mendengar segala celoteh...

semoga ikatan suci ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita dan kehidupan kita kan sentiasa dirahmati oleh-Nya....


SAYANG...HAPPY ANNIVERSARY

Tuesday, November 18, 2008

AUTOGATE LAGI

xde apa aku nak citer pasal autogate ni.. cuma nak komen skit la tentangnya
sebenarnya memangla autogate ni ade baiknya..yela, x perlu la nak bukak gate, pastu, kuarkan kete, kuar smula untuk kunci gate..

yg second plak, kalau ader anak kecil, xla bahaya masa kita balik waktu malam, terpaksa turun dari kete n tinggalkan anak dalam kete semata2 nak bukak gate... bahaya tau sebab ramai yg dah terkena ms tinggalkan kejap macam tuh..

tapi ade jgk x best ngan autogate ni... yela, x boleh nak menggedikskan diri bila letrik xde.. macam aku kena la
huhhuuhu

PELUPA & AUTOGATE

di suatu pagi yg hening....

lalalala...bersiap2 untuk pegi keje..ambik kunci, capai handbag, tutup pintu rumah..
tit tot, masuk dalam kete, masa nak stat enjin..alamak, spek mata aku tertinggal plak..

matikan smula enjin kete coz kunci umah digantung sekali ngan kunci kete...
kriokkk, bukak semula pintu umah, mendaki tangga untuk ambik spek mata kat dalam bilik..
sambil2 tuh sempat gak betul2 make up dan tudung...
ok, settle...

lalalala..turun tangga, kuar n nak kunci pintu smula... arhgggghhhh, mana plak kunci aku ni?? tidak!!! tertinggal kat atas meja make up masa dok berangan sekejap td..

takpe..aku naik smula, ambik kunci , tutup pintu, dan seterusnya stat enjin kete...

masa nak kuarkan kete dari garaj....
tit tot...
senyap je
aku cuba lagi..

tit tot...
masih begitu
x berganjak langsung..

tit tot...
masih degil..
membatukan diri di situ..

arghhhh....letrik xde la plak..patutla autogate ni x nak bukak!!
terpaksa la aku turun dan buka autogate tu gunakan kunci...
kunci plak, kat kunci kete.. emm xde masa aku nak matikan enjin kali kedua..tapi terkial2 la aku nak kuar kunci tu dari kelompoknya..

harri yg tension kan...??
memang tension dan aku nak marah sebab pada hari tuh aku jadi pelupa dan pada hari tuh jgk la letrik tu menggedik2 nak matikan dirinya...

Monday, November 17, 2008

ANAK MITHALI....

Saturday, November 15, 2008

TRUE LOVE



True Love is so special
Yet can make you feel quite lost
It can be there one minute
then gone like the morning frost

Always find ways to nurture it
and grow your love with care
Never take for granted
The love that you both share

You will still have disagreements
and hurt each other's heart
but with a little give and take
you'll never be apart

Talk openly about your feelings
find time to show you care
Treasure every minute of each day
Because to find true love is rare


HADIAH DPD BOS..

Sebenarnya seronok gak...yela, dah lama x dapat hadiah..tup2 ade org nak bagi hadiahtanpa adenya tarikh2 penting dalam hidup kita.. nak dapat hadiah dpd hubby aku pun lambat lagi.. sebulan lagi baru hubby aku pulang ke Malaysia..

berbalik pada citer tadi...
semalam masa aku sibuk siapkan keje2 yg terbengkalai menjelang akhir tahun (biasala sebelum munculnya tahun baru, keje2 lama mesti disettlekan), tiba2 bos aku a.k.a kak Pah telah menghadiahi aku gelang tangan... cantik gak, walaupun gelang tersebut lebih besar dpd saiz tangan aku..xpela dapat jgk kan.. katanya sebagai tanda tima kasih kerjasama yg diberikan sepanjang tahun ni.. kalu macam ni blh jadi materialistik aku gamaknya..setiap kali buat keje mesti kena ada hadiah..huhuhu..

aku ader amik gambar tuh tapi memandangkan wire nokia belum dibeli lagi, jd gambonya akan diupload kendian, k..

Friday, November 14, 2008

KEDONDONG vs CIKU

ala papa, mama tau la papa dengki ngan mama kan.. sajer la tu..
bukan tersilap tau. memang mama teringin nak makan kedondong jgk masa tu tapi sebab ciku pun x dapat2 lagi, xdela mama publist post kan keinginan nak makan kedondong...

huhuhu... dengki sebab mama x layan ym kan!!!
kwang3x..

WIRE NOKIA

Manalah wire nokia aku ni... aku rasa aku dah simpan semula lepas guna hari tu...tapi sampai sekarang x jumpa2 lagi..

kena beli yg barula gamaknya...

DEFINATIONS OF KISSES...., MMUAAHHHH

Prof of Economics :
Kiss is that thing for which the demand is always higher than the supply.

Prof. of Accountancy :
Kiss is a credit because it is profitable when returned.

Prof. of Algebra :
Kiss is infinity because two divided by nothing.

Prof. of Geometry :
Kiss is the shortest distance between two lips.

Prof. of Physics :
Kiss is the contraction of mouth due to the expansion of the heart.

Prof. of Chemistry :
Kiss is the reaction of the interaction between two hearts.

Prof. of Zoology :
Kiss is the interchange of salivary bacteria.

Prof. of Physiology :
Kiss is the juxtaposition of two orbicularisoris muscles in the state of contraction.

Prof. of Dentistry :
Kiss is infectious and antiseptic.

Prof. of Statistics :
Kiss is an event whose probability depends on the vital statistics of 36-24-36.

Prof. of Philosophy :
Kiss is the persecution for the child, ecstasy for the youth and homage for the old.

Prof. of English :
Kiss is a noun that is used as a conjunction; it is more common than proper; it is spoken in the plural and it is applicable to all.

Prof. of Architecture :
Kiss is a process which builds a solid bond between the two dynamic objects

Prof. of Comp.Science :
What is a kiss? It seems to be an undefined variable

GOOD DAY

Dedicate time to work:
it's the price of success.

Dedicate time to think:
It's the fountain of power

Dedicate time to enjoy:
it's the secret of youth

Dedicate time to love and be loved:
it's the source of joy and satisfaction.

Dedicate time to laugh:
it mitigates the stress

BEBUDAK SEKOLAH TERLEBIH DIAJAR

apa la nak jadi ngan bebudak sekolah zaman sekarang...mak bapaknya hantar ke sekolah untuk belajar tapi bebudak dah terlampau diajar kot..

adalah satu hari tu, ada sorang budak ni, control la dia punya macho..tapi dari gerak gayanya dpat bacala yg mamat ni memang sekolah lagi..x matured langsung..

yg nak marah tu, nampak la dia dok pandang kawan aku dari atas sampai bawah..mgkin sebab kawan aku dok pakai skirt pendek..macam nak terkuar bijik matanya tu.
tapi, memang budak mamat sorang ni dasar kuang ajor.. rupa2nya suma pompuan lalu dia pandang macam tu..termasuk la aku pun kena..cis., kuang ajor tol la!!!

Wednesday, November 12, 2008

DAPAT GAK PAU...AKHIRNYA

Yahoooo... sukenye aku, aku sukenye..
ari ni aku suke betul... mana tidak nya, apa yg dicari2 dah dapat aku tunaikan..

dalam kesibukan keje, aku x lupa mencari pau untuk nadiah..(macamla susah sgat nak cari pau... memang susah bagi aku wat masa nih)

masa aku on the way balik dari keje, tetiba jer kerlingan mata manja aku ni tertangkap satu kelibat yang aku cari beberapa hari ni... yea..yea.. PAU!! (yela, selama nih aku x pernah pun ikut jalan nih..manela aku tau ade jual pau kat situ..)

apalagi, terus aku membuat u-turn untuk menunaikan hajat selama ni, beli pau untuk nadiah.. ye, ye.. buat satu, bukan 2 tapi sampai 8 ketul aku beli..takpekan... bukannya tamak, blh gak bagi owang lain kan!!

dapat jgk akhirnya nadiah nak makan pau...

NADIAH DAN PAU...

Di satu pagi yg suram...

Sedang aku sibuk meyudahkan tempelan mekap di wajah, nadiah tetiba jer minta aku beli kan pau untuknya.."mama, adik nak pau.. mama belikan adik pau.."

Kesian plak aku tengok si comel sorang ni.. mengalahkan owang yg sedang mengidam jer bunyi.. terlalu teringin sangat bunyinye..

Sesampainya di gerai menjual nasi lemak dan kuih..
"kak, pau ada?"
"xdela dik..hari ni x jual pau"

aku ke gerai satu lagi..
" makcik, ada pau x?"
" makcik memang xde jual pau pun.."

alahai..kesian yer aku tgk wajah nadiah..
tanpa berganjak dari meja jualan kuih, tetiba jer nadiah bersuara..
"mama, adik nak pau....."
"nanti mama belikan yer.."

bila akan dapat pau.. aku pun xtau..
tapi aku akan carilah di kedaiyg sepatutnya menjual pau...

tapikan, perasan x kalau kita teringin sangat nak makan sesuatu tu, masa beriya2 nak, memang susah nak dapat walau pun sebelum ni melambak2 dijual di sana sini..

macam masa aku mengandungkan Nureen dulu..teringin sangat nak makan kedondong..tapi sampai aku masa wad pun x dapat.. walau pun dicari pada owang yg memang menjual kedondong sehinggan mendapat gelaran abu kedondong..
tapi, memang dah tertulis memang ader rezeki untuk aku, dah nak masuk labour room baru dapat..
tuh pun mak mentua aku yg bawak..tima kacih ye mak..

MY ONE MINUTE PRAISING

1 MINUTE PRAISING..

# I praise myself immediately

# I tell myself specifically what i did right

# tell myself how good i feel about what i did right

# I pause for a few seconds to really feel my success.

COURSE YG MEMBOSANKAN

Adui...owang lain syok2 sedang dibuai mimpi, aku lak kena attend meeting.. bosan wei...
aku ingatkan mesti sebab aku x bersemangat, tuh yg rasa bosan giler... tapi, bila aku pusing belakang, tup2 aku tgk member aku ni sowang tgh syok tangkap lentok...apa lagi sedang berusaha mengumpulkan bijih..
wah, aku rasa sampai abis kursus gerenti kaya punya...
sowi nye ina, akak ambik gambo ko tanpa permission...
bukan akak nak ambik gambo ko tgh tido tp., kekawan ko tuh yg paksa...
(hehe, selamatkan diri la)

*p/s: gambar akan diupload kemudian.. tetiba plak wire nokia ni menghilangkan diri

Saturday, November 8, 2008

NAK MARAH, NAK MARAH...

Weii... geramnya aku ngan internet nih..
ntah apa yg dia nak gedik pun aku x tau...
penat je aku upload image, pastu tunggu lama2, last2 blh plak hilang camtu jerk...
x bertanggungjawab betul la....

KEJE JUGAK...

Esok dah Sabtu...tersilap plak, dah pukul 12.07am.. maksudnya dah sabtu la ni..
Ingatkan blh la meronda2 or window shopping bila tiba hujung minggu.
Nampaknya, plan terpaksa dibatalkan memandangkan esok aku kena keje... siap ada meeting lagi..
Ntah apa2 ntah.. balik2 cakap benda yg sama dalam meeting..
rasanya setiap kali meeting, benda yg sama gak yg aku catat.. kesianla kat buku aku tuh, nak jugak dia dapat entri yg baru.. nak buat camne, aku bukan bos...
kalu aku bos??? hehe.. cuti sepanjang minggu..bestnye..
ada sesiapa nak keje ngan aku ker kalu camtu???

Friday, November 7, 2008

BARU BELAJAR

sori la yerk kekawan suma...
kalu korang nak join blog x blh ker or whatever uols nak buat kat blog aku nih,
sampai uols pun bosan ker nak menangis ker... mintak maap ler

bukan apa, aku nih baru bljr, nak ubah blog pun x jadi2..
tengokla blog aku nih.. selebet je..
bukannya xde usaha, tapi ponet dah menggodek internet, x jadi2..
kesian kat aku kan!!!

follower tuh '0' memanjang.. sedangkan hubby aku yg kat jepun tuh memang setia... tapi x tau la aku ckp camne..

if, ader yg terlebih baik hati tuh, meh la tolong ajarkan aku

PURPLE, PINK, GREEN

sebenarnya aku minat color purple... baju2 aku pun banyak color purple.
kalau aku tgk apa2 color purple mesti aku akan cepat jatuh hati...

hubby aku plak, minat warna green.. hijo la.. rumah lama pun color hijo, masuk umah baru pun dicolorkan ngan warna hijo... damaila kononnya

pastu, si comel berdua nih plak suka color, pink... hari tuh beriys2 dia suruh papanya sapukan color pink kat bilik tido diorg..

dan blog ni... buat masa nih aku ltk warna pink coz banyak citer pasal si comel berdua ni... akan datang mungkin akan ku ubah ke warna purple...
hijau???? tolong la, x berapa berkenan plak mata aku tengok... sori ye sayang!!!

SEDIH n TENSION

sedih....pasal x dapat tukar tempat keje
tension...pasal belum abis tahun ni lagi dah dapat keje tuk tawon depan....

wei kengkawan, kesianla kat aku nih... nak di lawan, kena hormati org tua..
tapi kalau aku dapat tukar, korang berjuang la habis-habisan yerk!!!

BENGANGNYERR.... (bukan bangang tau)

Arrgghhhhh.....
bengang giler ni... Apasal??? nak tau ker.. meh sini aku story ckit
sebenarnye cam gini.. ada la sorang pompuan kat opis aku.. biarlah aku panggil dia McD je..(bukan sebab dia suka makan McD tapi adalah sebab2 tertentu yg perlu dirahsiakan)

sebenarnya si McD ni jenis dengki kat orang yg dia rasa boleh menandingi dia x kiralah dalam jua keadaan... Yg aku bengang sangat tuh, dia jenis suka mengutuk tahap giler2 n suka menghasut org..

yg paling aku bengang gile, dah la aku ni x pernah cakap or tegur dia x kira la masa hidup ke atau mati ke, tapi yg aku pelik, aku pun kena tempias air liur dia yg jahat tuh...huh x sempat pasang perisai pun!hampeh

ade ker patut dia kata kat suma org supaya berhati2 coz aku ni jenis mulut celupar!! ader ke patut!! kuang ajor punya mulut.. kenal aku pun tidak dah nak kata aku macam2..
dah la ko tuh baru masuk keje, temporary je, pastu sedap2 mulut jahat ko nak judge aku!! tolong skit...

tapi nasib baik la sebab walaupun dia kutuk aku, tapi org kat opis sumanya dah kenal aku... dan walaupun si McD ni baru masuk, org pun dah nampak perangai jahatnya yg suka laga2kan org supaya org lain bergaduh...

tapi, aku rasala kan, mesti si McD ni jeles kat keanggunan aku kot!! ( puji diri sendiri la plak ).. tak pun dia jeles ngan hubby aku yg ensem... terbakar je hati dia setiap kali pandang gambo aku kat atas meja tuh...

Thursday, November 6, 2008

OPPPSSS, TERLEBIH SUDAH!!







OPPPSSSSS, TERLEBIH SUDAH!!!
jgn jeles ye ngan pose Nureen kali ni..
Emmm.. lihatla pose2 menarik daripada Nureen ni..
Konon2 nyer ala2 model la nak berposing.
Weols tgh best2 engok tv tiba2 je dia datang dengan gaya manjanya suruh snapkan gambo dia..
bila disuruh berposing, dia suruh tunggu kjp..
rupa2nya nak posing menggoda pulak..
selalunya mesti ala2 control ayu..tak tau la apasal plak ngan dia kali ni..
Sukahati la sayang....

Sunday, November 2, 2008

ISNIN MUNCUL LAGI

jam dah menunjukkan pukul 11.21 malam... x lama lagi Isnin akan menjelang walaupun mentari belum menghamburkan sinarannya..

yg pasti hari Isnin akan dilalui dengan pelbagai rasa..

Isnin, sama ada kita besedia atau tidak..ia pasti akan muncul. tapi kalau dah keje berlambak2 mesti hari Isnin merupakan hari yang membosankan....

Arghhhhhhh..tensionnya. Banyak keje yg aku kene settlekan pada hari esokkkkk.. ISNIN!!!

UNDANGAN

Walau pun raya dah berlalu pergi, namun banyak lagi undangan yg diterima...

bukan undangan rumah terbuka tetapi undangan untuk mengeratkan silaturrahim..tapi memandangkan tiada suami di sisi, aku mengambil keputusan untuk tidak menghadirkan diri bagi ketiga2 undangan iaitu pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad...

apabila ditanya, pasti jawapan yg sama aku gunakan...
" sorilah, husband i xdela, so susah i nak control anak2 i.. diorang tu x nakal tapi nanti i yg x dpt bergerak.. manja la katakan"

suma yg mendengar konon2 faham atau pun buat2 faham sebab malas nak ambik tau...

sorilah ye kekawan ku, bukan aku x sudi nak menghadirkan diri, cuma aku xde mood untuk bersuka ria buat masa ni...

Saturday, November 1, 2008

CAMPUR TOLAK SEBULAN

hari ni dah masuk..1 November.. seronok giler. maknanya, campur tolak lebih kurang sebulan setengah lagi Mr.Ir akan pulang ke tanah air..
yg pasti setelah beberapa bulan tidak bertemu, akhirnya dapatlah aku melelapkan mata dengan aman tanpa pertanyaan yg sama berulang0ulang kali saripada si comel berdua ni...

diorang berdua pula semakin pandai menghitung hari menunggu saat papanya pulang...

cepatla masa berlalu........
Papa, tunggu ye nanti kitaorang suma ambik papa kat klia tau...

Friday, October 31, 2008

PERINGATAN UNTUK PARA ISTERI

******buat isteri-isteri, berhati-hati kalau husband uols, yg x pernah suka atau x pernah ingat cara nak bergurindam ke, berseloka, or nak bersajak...tetiba je buat2 buang tebiat...
contohnya kalau2 husband uols tetiba je hantar puisi jiwangla kononnya untuk para isteri....


PUISI
Isteriku ,
jika engkau bumi,akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasaakan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan diplanet lain...

*****tapi..uols jgn la susah hati...
korang bkh gak gunakan jawapan ala-ala puisi untuk para husband yg dah mula nak menyinari planet lain tu...


Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan
dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma MANCIS saja!!!!!
please lah....!!! jangan la nak berangan!!





Thursday, October 30, 2008

TAKDE IDEA OR MALAS BERFIKIR

Nak updates blog la...
Rasa macam2 nak aku tulis dalam blog Qaseh ni...
Tapi memandangkan aku ni dalam dilema untuk menyiapkan pelbagai urusan lain...
rasanya aku patut batal aje niat nak meng'update blog...
yela, bila banyak keje lain rasanya susah idea ni nak datang mencurah2...or dengan kata lain , memang aku malas nak pikir untuk tulis buat masa ni..
huhuhu

Tuesday, October 28, 2008

HAPPY BIRTHDAY - NADIAH ZUKREENA (2 THN)












HAPPY BIRTHDAY SAYANG... MAMA SAYANG NADIAH
SEMOGA ANAK MAMA MENJADI ANAK YG BAIK.. DAN SEMOGA CEPAT SEMBUH YE..

Kesian Nadiah, sama je macam kakaknya hari tu. nak sambut birthday dah demam. Nadiah plak kena cirit birit.. x tau la silap makan apa ... dah seminggu.. Badan pun dah susut, kurus je..

Dah pergi jumpa doktor pun masih belum pulih... xpe sayang, kuatkan semangat, cekalkan hati...
Walau papepun, nadiah ni tetap hapi je memanjang...

Tengokla pose yg diberikan... comel betul!!

hadiah??? dia x heran pun.. yg penting, dapat nyanyi lagu hapi besday, potong kek n makan kek.......

AKU HANYA INSAN BIASA

Siapakah itu?
aku.........
Siapakah aku?
aku adalah........
insan biasa.............

aku tidak mempunyai sayap
untuk aku terbang bebas
kerna aku mempunyai tanggungjawab

aku tidak mempunyai azimat
untuk aku kecapi segalanya
kerna aku perlu berusaha untuk mendapatkannya

aku tidak mempunya kuasa sakti
untuk aku merubah segalanya
kerna aku perlu mencorakkanya sendiri

kerna aku adalah aku
hanya insan kerdil
di atas muka bumi ini
hanya menumpang di sudut hati
mahu pun di sudut emosi

tidak mampu memberikan segalanya
tetapi hanya bisa menggamit secebis kebahagiaan
kerna aku hanya insan biasa........


*lontaran idea semasa keseorangan..

Sunday, October 26, 2008

NUFFNANG

emmm... nuffnang....
nampak macam lebih menarik, tertarik dan lebih boom..
so, aku cubalah nak buat blog baru pakai nuffnang..
ikutla segala arahan.. ikut punya ikut... macam boleh jadi ni..berjaya la..
tup..tup..
opening page...
xpela..in progress la kot..
tunggu lagi...
dan tunggu...
tunggu dan tunggu..
emm hampeh!! hang plak..
patah semangat nak ber'nuffnang'

Wednesday, October 22, 2008

PENAT

Minggu yg sangat memenatkan... aku terpaksa bekerja mulai 8.00 sehingga 5.00 petang tanpa rehat yg panjang kecuali ubtuk makan dan solat...

memang nampak macam opis hour biasa.. xde apa yg menghairan.. tapi aku terpaksa menyambung kerja setiap hari dengan menghadap pula komputer di rumah sehingga pukul 3.00 pg. dan keesokkan harinya rutin yg sama berulang........

Penatnyer..............

Thursday, October 16, 2008

MASIH DALAM KELAS

TENGOKLA... nadiah pun sibuk gak nak belajar

DALAM KELAS...

Lihatla hasilnya bila belajar dengan tekun....

Pandai sungguh anak murid hasil didikan cikgu mama...

PANDAI TAK???















" PAPA, tengokla kakak ngan adik belajar... Pandai x kakak tuis nombor??? ni cikgu mama yg ajr...

adik pun dah pandai gak.. tulis bulat2 pada sepanjang garisan..."

Nureen ni seorang yg teliti... semua hasil kerjanya dimasukkan dalam satu fail dan disimpan baik2... katanya nak tunjukkan pada papa nanti...

Nadiah pulak, mula2 memang ada pocket file, tapi sekejap ada isi sekejap hilang... entahlah nadiah ni... suka meniru apa yg kakaknya buat..

Biasalah Nadiah ni, bila ditanya...pasti dia akan jawab... " adik kan kecik lagi"

VIDEO NADIAH

HARI RAYA






Papa, inilah antara gambar2 raya yg dapat diambil memandangkan pada hari raya kedua2nya xnak ambil gambar... malu2 konon... Dan Nureen, setiap kali gambar ingin diambil pasti dia dengan lagak seorang jurugambar... apalagi, dia jela yg nak ambik gambar... Nadiah pula, akan posing lebih2, tapi bila snap pasti dia akan lari...
entahla, xde mood nak ambik gambar tanpa papa....
Walaupun, papa xde kat senelah, mama n anak2 tetap cun kan??? Hehe..

Sunday, October 12, 2008

SAKIT TAPI HEPI





Emm...kesiannye nureen n nadiah.. dahla tak sihat

Saturday, October 11, 2008

KELUARGA BAHAGIA





INILAH GAMBAR FAMILY AKU....
SUAMI TERCINTA DAN ANAK2 TERSAYANG..........
SEMOGA HUBUNGAN AKU DAN SUAMI AKAN SENTIASA BERKEKALAN SEHINGGA AKHIRAT, DIBERKATI ALLAH DAN SENTIASA DIPELIHARA OLEH ALLAH DARIPADA SEBARANG ANASIR JAHAT.....INSYA ALLAH..
SEMOGA ANAK2KU MENJADI ANAK YG SOLEHAH.... HIDUP SENTIASA DIBERKATI..

Friday, October 10, 2008

VIDEO NUREEN ..

SAYANG ANAK MAMA...............

SELAMAT HARI JADI YG KE-3


"SELAMAT HARI JADI SAYANG....'
SEMOGA ANAK MAMA SENTIASA SIHAT, MENDENGAR KATA DAN MENJADI ANAK YG BAIK DAN SOLEHAH...
JANGAN NAKAL2 TAU...HADIAH NANTI MAMA BAGI(sebenarnya belum beli lagi hadiah. x tau nak bagi apa pada tahun ni)
tanggal 11 Oktober 2008 merupakan harijadi nureen yg ke-3... tapi nampaknya kena raikan tanpa papa..
tapi setakat nih dah 2 biji kek dipotong..x pela janji nureen gembira...
tapi, ada satu lagi permintaannya yang perlu di tunaikan... TENGOK WAYANG
(papa, nureen nak gi tgk wayang lagila!!!!)
nampak gayanya kena turuti kalau x, setiap masa dia akan sebut...

SELAMAT PAGI CIKGU MAMA



" SELAMAT PAGI CIKGU MAMA" ucap nureen

"CAMAT PAGI IKGU MAMA" kata nadiah mengikut lagak kakaknya

tiba2 nureen dan nadiah berkata sejurus masuk ke dalam bilik... aku pula sedang leka menyiapkan tugasanku sambil menghadap kompoter...

" SIAPA YG JADI CIKGU PULAK KALI NI?"

" MAMA JADILAH CIKGU...KAKAK NGAN ADIK NAK PEGI SEKOLAH" kata nureen

"OKLA"....balasku pendek

bukan apa, kesian pulak ngan mereka dua beradik. rasanya dah beberapa hari aku x menunjuk ajar mereka. dan yg penting ada riak bersungguh2 untuk ke sekolah...

" BAIKLAH, SILA DUDUK" kataku..

"CIKGU MAMA, SAYA NUREEN ZULAIKHA, ADIK, NADIAH ZUKREENA" kata nureen.

hatiku betul2 tersentak..biar betul.. dia betul2 nak sekolah... x dibaginya aku panggil gelaran kakak ngan adik... dan dia juga membahasakan dirinya 'saya' semasa bercakap ngan aku...

sedangkan nureen 2, baru nak masuk 3 tahun pada hari esok... alahai anak2ku...

* papa, anak papa nih memang kena hantar ke sekolah tahun hadapan.. dah tak sabar sangat rasanya dia nak ke sekolah..

Thursday, October 9, 2008

UBAT KEKECEWAAN

yg ni mmg betul@ boleh diamalkan...

sesiapa yg sedang kemurungan, mengalami kekecewaan, kesedihan yg teramat sangat dan yg sewaktu dgnnya, blhla amalkan amalan ni....

ni mmg termaktub dalam Al-Quran...

pegang dada, betul pada tempat terletaknya hati sambil gosok2kan...
lepas tu, baca ayat 76 suray Yaasin... berulang2 kali...
Insya Allah, Allah akan bantu kita hilangkan segala kesedihan....

kalau rasa x mujarab, maksud kita mmg x rela lagi hati kita untuk diubati...
masih inginmeratapi nasib tetapi tidak mahu berserah pada yg sepatutnya

KESETIAAN

setia??? apa maknanya??
adakah bila berkahwin kita perlu setia pada psangan kita??

bagaimana pula dgn mereka yg blm berkahwin?? adakah kesetiaan itu perlu??
tidakkah kita selalunya sebagai umat manusia selalu tertewas dgn hasutan hati sendiri...

yg betul2 setia sering dikecewakan sedangkan yg mmg tidak jujur dalam hubungan sering ketawa kegembiraan!!!

SEKSI n GODA

Adakah seseorang wanita perlu menyeksikan dirinya untuk menggoda hati seorang lelaki???
tepuk dada tanyala iman...

sebab tepuk sebelah tangan xkan berbunyi...

zaman era canggih ni, adakah wanita yg sentiasa bertudung tiada tarikan tersendiri???
yela, kalau dah gemuk... sendiri mau pikir la...

HATI TERLUKA

pedihnye rasa bila perasaan ini dilukai
kesetiaan yang dikumpulkan dari demi hari akhirnya lebur begitu saja...
dimanakah kesetiaan patut diletakkan??
adakah sekadar hiasan semata2 atau perlu sepenuh hati???

rasanya lagu 'hati terluka' tu macam sesuai je ngan jiwa aku dikala ini..

" hati terluka, bila ternyata kau menduakan cinta...
sungguhku x menyangka begini akhirnya..
kau biarkan ku sendiri terluka...."

Wednesday, October 8, 2008

NUREEN & PAPA

kisah nih agak sedih bagi aku di dari terakhir kita berpuasa...
camne citer nyer...
adik aku baru je dapat baby girl n nureen dan nadiah memang sayang giler kat baby tuh sampai x nak berenggang dpd baby...
selepas sahur sementara menunggu waktu subuh, nureen pun menyanyi2 lagu2 kegemarannya. antaranya lagu.." oh oo kamu ketahuan, pacaran lagi...."lepas satu lagu, lagu lain di sambungnya...
tiba2 dalam keseronokannya menyanyi, husband adik aku pun sampai dari Jb memandangkannya baruu habis keje pada malamnya...
lepas tuh, nureen terus berhenti menyanyi dan tumpuannya dialihkan pada pak usu nya....
tiba-tiba...
Nureen : mama, mama, sapa kat luar tuh?
Mama : oh, tuh pak usu... papa baby..
Nureen : mama, mana papa kakak? kenapa papa kakak x balik lagi?
( sambil mencebikkan bibirnya ingin menangis)
Mama : papa kakak kan kat jepun, papa balik lama lagi ( sambil menahan sebak di hati )

bayangkan anak sekecil itu, baru berusia hampir tiga tahun... asyik bertanyakan tentang papanya.... sedih giler tau!!! bukan sebab husband jauh tapi bila anak2 sering bertanya....

RAYA DAN SEPI

Emm...raya tahun ni merupakan raya yang paling x best dalam hidup aku dan anak2..
masakan tidak, beraya tanpa suami tersayang disisi...suami pergi mencari rezeki di rantau orang...
abis tuh, tangan sapa yang harus ku kucup di pagi raya untuk memohon ampun dan maaf???!!!
mengenang anak2 yang tiada papanya disisi semasa kanak2 sebaya sibuk bergembira... kadang2 tuh tersentuh jugak rasa hati bila nureen dan nadiah saban hari memanggil nama papa...
tahun ni...gambar raya pun tiada tau....sedihnyer!!!!

Monday, September 22, 2008

MERCUN & RAYA

em.. hangin satu badn bila tiba time nak raya ni... bukannya x suka berhari raya tapi paham2la keadaan budak2 nih bila dah dekat raya.. dentum sana, dentum sini... menyentap halwa telinga aku ni.. bukan aku x suka dengan kemeriahan bebudak ni bermain mercun tetapi melampaui batas..
manakan tidak, betul2 depan pagar umah aku diorang bakar mercun dalam tin..
kalau sekali dua xpe, ni setiap malam waktu orang sedang khusyuk bertarawih.. memang x sivik betul bebudak tuh...
datang masjid semata2 nak berkumpul dgn geng untuk main mercun!!! hampeh tul!!!

GEMPA

cuak jugakla bila pagi tuh dapat tau berlaku gempa kat jepun... Macam mane ngan Mr Ir?? harap2 xde jadi apa2.. huihh, risaunyer bila dok berjauhan..tapi Mr.Ir sedikit pun x bagitau.. mungkin takut aku risau akan keadaannya....

HAMPER RAYA

RAYA

Balik dari opds... tengok2 ada hamper besar kat umah. terpikir jugakla siapalah pengirimnya.. emm, takkan kawan2 nak bagi hamper? nak dapat kad raya pun kadang2 payah. ..
bila dibuka kad yang tertera...alahai, Mr Ir yang puya. sedangkan Mr Ir tiada di sisi. apa lagi, terus bukala.. bukan excited nak dapatkan barangan di dalam cuma tertarik dengan bakul yang disertakan...
sori la Mr Ir, you punya hamper, i dah bukakkan...
tp, segala isi hamper i xnak cuma nak bakul penyeri saja!!

Sunday, September 21, 2008

BERITA


Emm,.. dah beberapa hari x dengar khabar berita dpd Mr. Ir... sibuk sangat ker sampai xde masa nak hantar email kat aku??
takpelah, yang aku harapkan semoga my hubby sihat dan selamat di rantau orang

Friday, September 19, 2008

PERMATA KESUNYIAN

RINDU..

kesiannyer tengok anak2ku.. kedua2nye rindukan kehadiran papa mereka.. saban hari pasti ada pertanyaan tentang papa yang akan ku dengari di corong telingaku ini...

Nureen : mama, mama... mana papa?
mama : papa kan kat Jepun, kan baru hari tuh kita hantar papa gi naik aeroplane.
nureen : mama, kita gi jemput papa ye!

terkelu rasanya lidah ni nak menjawab pertanyaan yang keluar dari mulut comelnye..kekadang tuh mbuatkan aku rasa sebak apabila saban hari diajukan dengan doalan yg sama... bukan aku tak cuba dgan jawapan yg lain tetapi, keakraban mereka membuatkan dia begitu asyik dengan soalan yg sama... MANA PAPA?

tapi bagi si comel sorang lagi tuh, baginya sama ada papa ada atau tiada masih tidak dapat ditafsirkan menggunakan akal fikirannya...

ada satu harituh... di satu pagi yang suram, sejurus selepas kedua2nya bangun dari tido..
kakak Nureen jauh termenung di luar pagar sambil berfikir di manakah terletaknya jepun tempat papanya berada.... tiba2 kedengaran suara halus dan merdu keluar dari mulut si comel nadiah zukreena...

Zukreena : Yeh, yeh... papa gi jepun...3x
nureen : adik..diamla!
Zukreena : yeh, yeh papa gi jepun...
(sambil bertepuk tangan)
Nureen : adik!!! (menjerit)

sejurus selepas itu, satu tamparan singgah di pipi zukreena...

yelah..nureen sedang sedih apabila memikirkan di manakah papanya ketika itu tetapi zukreena hanya bersorak gembira...

alahai anak2ku, kesiannya mama tengok keadaan kamu berdua....

Mr. Ir ke Jepun

Sedihnyer...
orang lain beriya2 nak sambut raya... beli baju baru, kuih raya, langsir.... tp kalau blh aku nak semua berlalu dengan cepat.. manakan tidak, hubby tersayang tiada di sisi.. baru je berkelana ke Jepun pada 15 sept yang lalu.... kalau sekejap xpe, ni sampai 3 bulan lamanya...
yang pasti, raya kali ni, aku akan beraya 3 beranak saja.... sedihnyer....

Monday, March 31, 2008

dapat kunci umah baru...

emm... seronok btul coz baru bberapa hari lepas dapat kunci umah baru.. umah sendirila katakan..
macam2 nak buat.. tapi yelah, citarasa berbeza..
tapi..apa yg lelaki pk x sama ngan pompuan pk..
tension jugakla nak dapat kata sepakat...
anyway...we all ngah discuss supaya nanti x menyesal...

Sunday, March 23, 2008

Comelku 'NADIAH ZUKREENA"





Yg ni anakku yg kedua..namanya NADIAH ZUKREENA..

Dilahirkan pada 28 Oktober 2006..

Hobinya suka mengacau keamanan dan ketenteraman kakaknya...

tp, nak jg nadiah ni senang je.. Alhamdulillah, sejak lahir sehingga sekarang memang x banyak kerenah... sampai pengasuh nak jaga setiap hari. pantang cuti, mesti suruh hantar sebab rindukan si comel ni.. mgkn sebab kakaknya dah manja, jd dia xnak potong line.. lebih suka berdikari...

Permata Pertama "NUREEN ZULAIKHA"


yg ni namanya NUREEN ZULAIKHA

dilahirkan pada 11 Oktober 2005

hobinya membaca buku yang direka sendiri ceritanya berdasarkan gambar


sbenarnye Nureen ni seorg yang manja..lebih2 lagi dengan papanya..
kalau blh x nak share langsung kadih syg papa ngan orang lain..
tp, Nureen ni susah ckit la.. pemalu sgat.. langsung xnak bercakap dgn orang lain kcuali betul2 rapat dgnnya...tp bagus jgk.. xdela dia ikut je orang yg x dikenali..

comel & sayang mama


hai..

dua2 ni gambar anak i..

yg sulung 2, namanya NUREEN ZULAIKHA

n yg second plak namanya NADIAH ZUKREENA

comel x?

first time

hai semua...
ni br bukak blog baru.....

BORAK SANTAI


ShoutMix chat widget

BLOG YG AKU TERJAH