******buat isteri-isteri, berhati-hati kalau husband uols, yg x pernah suka atau x pernah ingat cara nak bergurindam ke, berseloka, or nak bersajak...tetiba je buat2 buang tebiat...
contohnya kalau2 husband uols tetiba je hantar puisi jiwangla kononnya untuk para isteri....
PUISI
Isteriku ,
jika engkau bumi,akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasaakan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan diplanet lain...
*****tapi..uols jgn la susah hati...
korang bkh gak gunakan jawapan ala-ala puisi untuk para husband yg dah mula nak menyinari planet lain tu...
Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan
dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma MANCIS saja!!!!!
please lah....!!! jangan la nak berangan!!
Friday, October 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment