Friday, October 10, 2008

SELAMAT PAGI CIKGU MAMA



" SELAMAT PAGI CIKGU MAMA" ucap nureen

"CAMAT PAGI IKGU MAMA" kata nadiah mengikut lagak kakaknya

tiba2 nureen dan nadiah berkata sejurus masuk ke dalam bilik... aku pula sedang leka menyiapkan tugasanku sambil menghadap kompoter...

" SIAPA YG JADI CIKGU PULAK KALI NI?"

" MAMA JADILAH CIKGU...KAKAK NGAN ADIK NAK PEGI SEKOLAH" kata nureen

"OKLA"....balasku pendek

bukan apa, kesian pulak ngan mereka dua beradik. rasanya dah beberapa hari aku x menunjuk ajar mereka. dan yg penting ada riak bersungguh2 untuk ke sekolah...

" BAIKLAH, SILA DUDUK" kataku..

"CIKGU MAMA, SAYA NUREEN ZULAIKHA, ADIK, NADIAH ZUKREENA" kata nureen.

hatiku betul2 tersentak..biar betul.. dia betul2 nak sekolah... x dibaginya aku panggil gelaran kakak ngan adik... dan dia juga membahasakan dirinya 'saya' semasa bercakap ngan aku...

sedangkan nureen 2, baru nak masuk 3 tahun pada hari esok... alahai anak2ku...

* papa, anak papa nih memang kena hantar ke sekolah tahun hadapan.. dah tak sabar sangat rasanya dia nak ke sekolah..

No comments:

Post a Comment

BORAK SANTAI


ShoutMix chat widget

BLOG YG AKU TERJAH