Friday, October 31, 2008
PERINGATAN UNTUK PARA ISTERI
contohnya kalau2 husband uols tetiba je hantar puisi jiwangla kononnya untuk para isteri....
PUISI
Isteriku ,
jika engkau bumi,akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasaakan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi
sinaranku diperlukan diplanet lain...
*****tapi..uols jgn la susah hati...
korang bkh gak gunakan jawapan ala-ala puisi untuk para husband yg dah mula nak menyinari planet lain tu...
Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan
dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma MANCIS saja!!!!!
please lah....!!! jangan la nak berangan!!
Thursday, October 30, 2008
TAKDE IDEA OR MALAS BERFIKIR
Rasa macam2 nak aku tulis dalam blog Qaseh ni...
Tapi memandangkan aku ni dalam dilema untuk menyiapkan pelbagai urusan lain...
rasanya aku patut batal aje niat nak meng'update blog...
yela, bila banyak keje lain rasanya susah idea ni nak datang mencurah2...or dengan kata lain , memang aku malas nak pikir untuk tulis buat masa ni..
huhuhu
Tuesday, October 28, 2008
HAPPY BIRTHDAY - NADIAH ZUKREENA (2 THN)





AKU HANYA INSAN BIASA
aku.........
Siapakah aku?
aku adalah........
insan biasa.............
aku tidak mempunyai sayap
untuk aku terbang bebas
kerna aku mempunyai tanggungjawab
aku tidak mempunyai azimat
untuk aku kecapi segalanya
kerna aku perlu berusaha untuk mendapatkannya
aku tidak mempunya kuasa sakti
untuk aku merubah segalanya
kerna aku perlu mencorakkanya sendiri
kerna aku adalah aku
hanya insan kerdil
di atas muka bumi ini
hanya menumpang di sudut hati
mahu pun di sudut emosi
tidak mampu memberikan segalanya
tetapi hanya bisa menggamit secebis kebahagiaan
kerna aku hanya insan biasa........
*lontaran idea semasa keseorangan..
Sunday, October 26, 2008
NUFFNANG
nampak macam lebih menarik, tertarik dan lebih boom..
so, aku cubalah nak buat blog baru pakai nuffnang..
ikutla segala arahan.. ikut punya ikut... macam boleh jadi ni..berjaya la..
tup..tup..
opening page...
xpela..in progress la kot..
tunggu lagi...
dan tunggu...
tunggu dan tunggu..
emm hampeh!! hang plak..
patah semangat nak ber'nuffnang'
Wednesday, October 22, 2008
PENAT
memang nampak macam opis hour biasa.. xde apa yg menghairan.. tapi aku terpaksa menyambung kerja setiap hari dengan menghadap pula komputer di rumah sehingga pukul 3.00 pg. dan keesokkan harinya rutin yg sama berulang........
Penatnyer..............
Thursday, October 16, 2008
DALAM KELAS...
Lihatla hasilnya bila belajar dengan tekun....
Pandai sungguh anak murid hasil didikan cikgu mama...
PANDAI TAK???





" PAPA, tengokla kakak ngan adik belajar... Pandai x kakak tuis nombor??? ni cikgu mama yg ajr...
adik pun dah pandai gak.. tulis bulat2 pada sepanjang garisan..."
Nureen ni seorang yg teliti... semua hasil kerjanya dimasukkan dalam satu fail dan disimpan baik2... katanya nak tunjukkan pada papa nanti...
Nadiah pulak, mula2 memang ada pocket file, tapi sekejap ada isi sekejap hilang... entahlah nadiah ni... suka meniru apa yg kakaknya buat..
Biasalah Nadiah ni, bila ditanya...pasti dia akan jawab... " adik kan kecik lagi"
HARI RAYA





Sunday, October 12, 2008
Saturday, October 11, 2008
KELUARGA BAHAGIA

.jpg)


Friday, October 10, 2008
SELAMAT HARI JADI YG KE-3

SELAMAT PAGI CIKGU MAMA


" SELAMAT PAGI CIKGU MAMA" ucap nureen
"CAMAT PAGI IKGU MAMA" kata nadiah mengikut lagak kakaknya
tiba2 nureen dan nadiah berkata sejurus masuk ke dalam bilik... aku pula sedang leka menyiapkan tugasanku sambil menghadap kompoter...
" SIAPA YG JADI CIKGU PULAK KALI NI?"
" MAMA JADILAH CIKGU...KAKAK NGAN ADIK NAK PEGI SEKOLAH" kata nureen
"OKLA"....balasku pendek
bukan apa, kesian pulak ngan mereka dua beradik. rasanya dah beberapa hari aku x menunjuk ajar mereka. dan yg penting ada riak bersungguh2 untuk ke sekolah...
" BAIKLAH, SILA DUDUK" kataku..
"CIKGU MAMA, SAYA NUREEN ZULAIKHA, ADIK, NADIAH ZUKREENA" kata nureen.
hatiku betul2 tersentak..biar betul.. dia betul2 nak sekolah... x dibaginya aku panggil gelaran kakak ngan adik... dan dia juga membahasakan dirinya 'saya' semasa bercakap ngan aku...
sedangkan nureen 2, baru nak masuk 3 tahun pada hari esok... alahai anak2ku...
* papa, anak papa nih memang kena hantar ke sekolah tahun hadapan.. dah tak sabar sangat rasanya dia nak ke sekolah..
Thursday, October 9, 2008
UBAT KEKECEWAAN
sesiapa yg sedang kemurungan, mengalami kekecewaan, kesedihan yg teramat sangat dan yg sewaktu dgnnya, blhla amalkan amalan ni....
ni mmg termaktub dalam Al-Quran...
pegang dada, betul pada tempat terletaknya hati sambil gosok2kan...
lepas tu, baca ayat 76 suray Yaasin... berulang2 kali...
Insya Allah, Allah akan bantu kita hilangkan segala kesedihan....
kalau rasa x mujarab, maksud kita mmg x rela lagi hati kita untuk diubati...
masih inginmeratapi nasib tetapi tidak mahu berserah pada yg sepatutnya
KESETIAAN
adakah bila berkahwin kita perlu setia pada psangan kita??
bagaimana pula dgn mereka yg blm berkahwin?? adakah kesetiaan itu perlu??
tidakkah kita selalunya sebagai umat manusia selalu tertewas dgn hasutan hati sendiri...
yg betul2 setia sering dikecewakan sedangkan yg mmg tidak jujur dalam hubungan sering ketawa kegembiraan!!!
SEKSI n GODA
tepuk dada tanyala iman...
sebab tepuk sebelah tangan xkan berbunyi...
zaman era canggih ni, adakah wanita yg sentiasa bertudung tiada tarikan tersendiri???
yela, kalau dah gemuk... sendiri mau pikir la...
HATI TERLUKA
kesetiaan yang dikumpulkan dari demi hari akhirnya lebur begitu saja...
dimanakah kesetiaan patut diletakkan??
adakah sekadar hiasan semata2 atau perlu sepenuh hati???
rasanya lagu 'hati terluka' tu macam sesuai je ngan jiwa aku dikala ini..
" hati terluka, bila ternyata kau menduakan cinta...
sungguhku x menyangka begini akhirnya..
kau biarkan ku sendiri terluka...."
Wednesday, October 8, 2008
NUREEN & PAPA
camne citer nyer...
adik aku baru je dapat baby girl n nureen dan nadiah memang sayang giler kat baby tuh sampai x nak berenggang dpd baby...
selepas sahur sementara menunggu waktu subuh, nureen pun menyanyi2 lagu2 kegemarannya. antaranya lagu.." oh oo kamu ketahuan, pacaran lagi...."lepas satu lagu, lagu lain di sambungnya...
tiba2 dalam keseronokannya menyanyi, husband adik aku pun sampai dari Jb memandangkannya baruu habis keje pada malamnya...
lepas tuh, nureen terus berhenti menyanyi dan tumpuannya dialihkan pada pak usu nya....
tiba-tiba...
Nureen : mama, mama, sapa kat luar tuh?
Mama : oh, tuh pak usu... papa baby..
Nureen : mama, mana papa kakak? kenapa papa kakak x balik lagi?
( sambil mencebikkan bibirnya ingin menangis)
Mama : papa kakak kan kat jepun, papa balik lama lagi ( sambil menahan sebak di hati )
bayangkan anak sekecil itu, baru berusia hampir tiga tahun... asyik bertanyakan tentang papanya.... sedih giler tau!!! bukan sebab husband jauh tapi bila anak2 sering bertanya....
RAYA DAN SEPI
masakan tidak, beraya tanpa suami tersayang disisi...suami pergi mencari rezeki di rantau orang...
abis tuh, tangan sapa yang harus ku kucup di pagi raya untuk memohon ampun dan maaf???!!!
mengenang anak2 yang tiada papanya disisi semasa kanak2 sebaya sibuk bergembira... kadang2 tuh tersentuh jugak rasa hati bila nureen dan nadiah saban hari memanggil nama papa...
tahun ni...gambar raya pun tiada tau....sedihnyer!!!!